Followers

stadi.stadi.stadi!

assalamualaikum!


semalam.
paper Measurement IV.
khamis minggu lepas.
paper Professional Practice.
2-2 Killer Papers.
&.
alhamdulillah.naseb baek ada spesel 'Killer Pain'.buatan sendiri.
boleh jawab paper dengan tenang...& tak emosional.selamat! :)

oh!
khamis paper Building Economic III pulak. agak suspen sebab tak paham & tak suka.
evendoe result sebelum ni cemerlang bagai, tapi mcm susah nak dapat sama kali ni.
siyesly susah!!

stadi.stadi.stadi je lah boleh buat.
selebihnya berserah. pasrah. (huk3)

jom! layan teenage dream~
version GLEE S2
xnak version Kate Pery. sebab VM agak lucah skit ader aksi2 tak sopan. tak elok utk penglihatan mata & pendengaran telinga (heee....xD)




^selamat berjaya semua.selamat untuk diri sendiri jugak!^

jumpa lagi!!



notakaki: Fokus bila lecturer mengajar di depan,salin setiap butir pekataan keluar dr mulut beliau.tak lah susah macam sekarang.bace note2 byk kali pon xpaham2.nyesal..



Monolog Diri



assalamualaikum!
mode : muhasabah diri




"Seseorang itu tidak harus menyerah kalah apabila berhadapan dengan masalah. Setiap kali masalah dan kesukaran yang dihadap itu jika diteruskan usaha untuk menyelesaikannya, seseorang itu akan mendapat lebih banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan"






notakaki : ya ALLAH, aku redha dan terima segala dugaanMU ini. Engkau matangkan aku dalam mencari erti sebenar kehidupan di dunia ini. Dalam mencari sinar hidayah Mu....petunjuk Mu....

Peliharalah Diri

post kali ini simple.simple sebab aku copy paste artikel yang dikongsi rakan2 di Facebook. Mungkin korang dah penah baca, or dah muak membaca, bagi yang belum kesempatan membaca, bacalah sekejap. tak luak pon masa korang....


ALANGKAH TIDAK MALUNYA KITA by pQah Hijrah


setiap hari kita ketawa. Setiap hari kita jumpa kawan. Setiap hari kita dapat apa yang kita nak.

Tapi..kenapa hati kita tak gembira?

Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita mintak sungguh-sungguh pada Allah. Tapi..kenapa susah sangat doa kita nak makbul? Sedangkan Allah ada berfirman. "Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan...,"

Apa masalah kita?


Hati kita tak gembira sebab kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa melihat nikmat sekeliling kita.


Kita berdoa, tapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan?

Sebab kita asyik meminta pada Allah, tapi kita tak pernah mintak ampun pada Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah. Alangkah tidak malunya kita. Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah, kita tak bersyukur pada Allah. Bila dah datang kesusahan, baru nak ingat Allah balik. Baru nak menangis, merintih..mintak Allah pandang kita. Macam mana Allah nak makbulkan doa kita?

Cuba kita renung diri kita. Cuba hitung, berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari? Tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya? Itupun kalau ada sebut la..


Pernah kita bangun malam, solat sunat...solat tahajud..solat taubat? Pernah? Ada...waktu zaman sekolah dulu. Itupun, lepas kene ketuk dengan warden, suruh bangun. Lepas tu...ada? Ada...time dah nak exam...waktu rasa result macam ada aura nak fail. Siap buat solat hajat lagi! Lepas dapat result tu, ada tak buat sujud syukur? Hmm...entah la, tak ingat pulak.


Hari-hari kita buat baik. Kita tolong orang. Kita sedekah dekat orang. Kita buat macam-macam. Tapi kenapa kita tak dapat nak rasa kemanisan setiap perbuatan yang kita lakukan tu? Hati kita tetap jugak tak tenang. Kenapa ye? Sebab dalam hati kita tak ada sifat ikhlas. Mulut cakap ikhlas, hati kata lain. Macam mana tu? Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dengan setiap kebaikan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang? Bila dapat kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan tu dekat kita.


Alangkah tidak malunya kita..., Allah ciptakan kita sebagai khalifah di bumi ni. Kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan sehinggakan semua makhluk sujud pada bapa kita, Nabi Adam kecuali Iblis Laknatullah. Betapa Allah muliakan kejadian manusia. Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba. Kita lupa kepada yang mencipta diri kita. Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada. Nabi Muhammad s.a.w, pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita. Tapi kita....? Kita lupa pada Baginda Rasul. Berat benar lidah kita nak berselawat ke atas baginda. Macam mana hati kita nak tenang?


Lembutkanlah hati kita. Tundukkan lah diri kita pada Allah. Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu. Ikhlas kan lah hati dalam setiap perkara yang kita buat.


Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya Allah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman itu sendiri. Tenanglah dikau wahai hati...


by PQah Hijriah