Followers

eTazkirah: Anda Mahukan Istidraj?

Assalamualaikum!

mood:
gigih belajar

sebelum start study petang tadi,terbaca satu artikel yang di'share'kn di FB. artikel tazkirah berkaitan istidraj. ulasan & penceritaan yang sangat menarik, jelas & mudah difahami..
Semoga ianya menjadi tauladan kita semua.
inshaALLAH.

***************************************************************************

Aku Tak Sembahyang....Tetapi Aku Berjaya... ( Muhasabah )
by Abu Hanifah on Friday, December 3, 2010 at 5:25pm

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?
Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.
Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”
Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.
Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

**************************************************************************

notakaki: speechless! jom muhasabah diri sama-sama........

makan sampai kenyang!


assalamualaikum!


tahap kesihatan:
batuk pagi.sakit tekak.

malam tadi
'boys outing night'
lepak2 makan2 @Williams Kelana Jaya.
FYI, williams ni ala-ala Murni SS2 PJ lah..
xtau nak buat comparison..
'coz ktowg taramm je order & makan ape2!!
(lalalalallaa~)

Makan sampai kenyang!!!
(ngeeeeeeee)


*tip-top fevereyt*
carbonara meatballs (rm20/plate) + straberypisang (rm4-small)




^chicken chop (rm15/plate)^


^straberypisang + strabery yogurt (rm4/each)^


*bolognese meatballs (rm20/plate)

>.<
thanks so much
dio, amzar & azery
>.<

jumpa lagi next month!
inshaALLAH


notakaki: pastikan tangki perut korang betoi2 KOSONG kalo plan nak dinner kat sini. Kalo tak rugi je tak abes makan t.. :D

75% tepat!


assalamualaikum!

lokasi:
library UM
cawangan Fakulti Alambina


semalam,
paper economic selamat digoreng-goreng
dengan penuh semangat jayanya.
pn norhanim lalu je sebelah, aku & dia sama2 berbalas senyuman.
oh...senyum bukan godaan ok!
ini senyuman laen..........
mungkin senyuman beliau ikhlas,
tapi,
tak seikhlas senyuman aku kot. (hehe)
senyuman aku lebey berbaur sinis...
yup!
sinisssssssssssssssss...

sebab
tak percaya
soalan beliau SENANG sekalii..
masa 2jam pon xcukup.
sebab telampau senang.
xda basic economy pon ley jawab
barangkali lah!


apa-apa pun
terima kasih lah kepada beliau
sebab bagi 3 soalan daripada 4chapter yg aku suka&minat
(usha tgk post entry sblum ni)
75% tepat!

(fuyooo...)

tapi
apakah final marks pon 75%?
wallahualam.
usaha dah digemblengkan sepenuhnya.
aku tawakal & berserah

say
bye-bye economic.
harap2 tak berjumpa lagi.
.enough.




hye soul sister glee s2 eps#9.


notakaki: sebelum jawab paper berbentuk essay,& tak nak tangan 'pancit' masa tulis, disarankan buat latih tubi dulu menulis dengan pantas. 2jam utk 4soalan memang tak cukup.siyesly tak cukup!

#3 paper!

assalamualaikum!

keadaan atmosphera :
tak cerah tak mendung


esok.
aku exam lagi.
bukan
professional practice & measurement
sebab tuh dah beres.
now paper
Construction & Building Economic III.
ajaran Pn Norhanim, H.O.D baru dilantik..

terus-terang.
paper ni bukan paper target or pilihan aku.
sebab ada 3-TAK!
tak suka.
tak minat.
tak paham.

satu semester cuba belajar
jadi seorang yg berjiwa
economist!

tapi,
tak menjadi
tak kena ngn jiwa kot..

nak tak nak.
aku tepaksa rela berusaha
belajar balik dari mula.
13chapter kene cover!!
mati kitew dekk.!

tapi
mmg tak lahhh nak cover sumer.
aku tak rajen sangat. >haha<
cara aku senang,
just pick-up chapter2 yang rasa best
& senang nak paham.
& biasa kuar exam
based on pastyear paper.

suka chapter2 macam

demand & supply
conservation work
national housing
labour & capital market

harap esok ada lekat lah soalan2 chapter ni.
coz'
memang ZERO spot question.
apa2 kemungkinan boleh terjadi.

anyway
kawan2 ku
selamat menyelami jiwa economist
esok pagi!

good luck!


notakaki : subjek economic ni serial course.dah amik & lulus bergaya economic I & II..tapi, economic III ni je agak tak pasti bergaya atau tak.sama2 kita tunggu & lihat nnt...adios! ;)

D.is.Ember!

.dinner-30.11.2010 @amcorpmall,PJ.


assalamualaikum!


jam 1.50am.
1disember2010.
ulang tarikh ye.
1disember2010.
penekanan sekali lagi.
1disember2010.

demn!
dah masuk 1disember.
bemakna tinggal 30hari lagi angka 2010 akan betambah 1 menjadi 2011.
pantasnya masa berlalu.........

jammed!
2010 & aku.
ape je?

pikir punya pikir berkali-kali.

nah kau!
dapat tugasan after exam.
tajuk seperti tertera dibawah



SOROTAN2010: From Jan To Dis..

dateline: sebelum 12.00am 1jan2011.




notakaki: hargailah masa yang ada.sesungguhnya masa adalah aset paling berharga yang tiada tolok banding nilainya...Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian......

stadi.stadi.stadi!

assalamualaikum!


semalam.
paper Measurement IV.
khamis minggu lepas.
paper Professional Practice.
2-2 Killer Papers.
&.
alhamdulillah.naseb baek ada spesel 'Killer Pain'.buatan sendiri.
boleh jawab paper dengan tenang...& tak emosional.selamat! :)

oh!
khamis paper Building Economic III pulak. agak suspen sebab tak paham & tak suka.
evendoe result sebelum ni cemerlang bagai, tapi mcm susah nak dapat sama kali ni.
siyesly susah!!

stadi.stadi.stadi je lah boleh buat.
selebihnya berserah. pasrah. (huk3)

jom! layan teenage dream~
version GLEE S2
xnak version Kate Pery. sebab VM agak lucah skit ader aksi2 tak sopan. tak elok utk penglihatan mata & pendengaran telinga (heee....xD)




^selamat berjaya semua.selamat untuk diri sendiri jugak!^

jumpa lagi!!



notakaki: Fokus bila lecturer mengajar di depan,salin setiap butir pekataan keluar dr mulut beliau.tak lah susah macam sekarang.bace note2 byk kali pon xpaham2.nyesal..



Monolog Diri



assalamualaikum!
mode : muhasabah diri




"Seseorang itu tidak harus menyerah kalah apabila berhadapan dengan masalah. Setiap kali masalah dan kesukaran yang dihadap itu jika diteruskan usaha untuk menyelesaikannya, seseorang itu akan mendapat lebih banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan"






notakaki : ya ALLAH, aku redha dan terima segala dugaanMU ini. Engkau matangkan aku dalam mencari erti sebenar kehidupan di dunia ini. Dalam mencari sinar hidayah Mu....petunjuk Mu....

Peliharalah Diri

post kali ini simple.simple sebab aku copy paste artikel yang dikongsi rakan2 di Facebook. Mungkin korang dah penah baca, or dah muak membaca, bagi yang belum kesempatan membaca, bacalah sekejap. tak luak pon masa korang....


ALANGKAH TIDAK MALUNYA KITA by pQah Hijrah


setiap hari kita ketawa. Setiap hari kita jumpa kawan. Setiap hari kita dapat apa yang kita nak.

Tapi..kenapa hati kita tak gembira?

Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita mintak sungguh-sungguh pada Allah. Tapi..kenapa susah sangat doa kita nak makbul? Sedangkan Allah ada berfirman. "Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan...,"

Apa masalah kita?


Hati kita tak gembira sebab kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa melihat nikmat sekeliling kita.


Kita berdoa, tapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan?

Sebab kita asyik meminta pada Allah, tapi kita tak pernah mintak ampun pada Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah. Alangkah tidak malunya kita. Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah, kita tak bersyukur pada Allah. Bila dah datang kesusahan, baru nak ingat Allah balik. Baru nak menangis, merintih..mintak Allah pandang kita. Macam mana Allah nak makbulkan doa kita?

Cuba kita renung diri kita. Cuba hitung, berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari? Tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya? Itupun kalau ada sebut la..


Pernah kita bangun malam, solat sunat...solat tahajud..solat taubat? Pernah? Ada...waktu zaman sekolah dulu. Itupun, lepas kene ketuk dengan warden, suruh bangun. Lepas tu...ada? Ada...time dah nak exam...waktu rasa result macam ada aura nak fail. Siap buat solat hajat lagi! Lepas dapat result tu, ada tak buat sujud syukur? Hmm...entah la, tak ingat pulak.


Hari-hari kita buat baik. Kita tolong orang. Kita sedekah dekat orang. Kita buat macam-macam. Tapi kenapa kita tak dapat nak rasa kemanisan setiap perbuatan yang kita lakukan tu? Hati kita tetap jugak tak tenang. Kenapa ye? Sebab dalam hati kita tak ada sifat ikhlas. Mulut cakap ikhlas, hati kata lain. Macam mana tu? Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dengan setiap kebaikan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang? Bila dapat kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan tu dekat kita.


Alangkah tidak malunya kita..., Allah ciptakan kita sebagai khalifah di bumi ni. Kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan sehinggakan semua makhluk sujud pada bapa kita, Nabi Adam kecuali Iblis Laknatullah. Betapa Allah muliakan kejadian manusia. Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba. Kita lupa kepada yang mencipta diri kita. Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada. Nabi Muhammad s.a.w, pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita. Tapi kita....? Kita lupa pada Baginda Rasul. Berat benar lidah kita nak berselawat ke atas baginda. Macam mana hati kita nak tenang?


Lembutkanlah hati kita. Tundukkan lah diri kita pada Allah. Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu. Ikhlas kan lah hati dalam setiap perkara yang kita buat.


Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya Allah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman itu sendiri. Tenanglah dikau wahai hati...


by PQah Hijriah

Oh! MyAngsa..




"sangat rindu angsa-angsa saya"

to
.puteh.kuek.moncong.
jangan bising-bising kat rumah :P

Nak Aktip Balik!

hellow-hellow!!
moshi-moshi marooo~ :D

dengan rasa penuh geli hati,
saya ingin kembali aktip berblogging!

sebab apa?
jeng3..itu rahsia.
(rahsia xley publish kan? kan? :P)
anyhow,
jumpa lagi next entry!

if entry ternyata buhsan & rasa lampiii..
dialu-alukan click button 'PANGKAH' dihujung sebelah atas kanan screen anda xD

sekian,selamat diri anda sebelum terlambat!

wassalam ^_^

buka pose LAGI!


tadi pegi bukak pose kat Sunway Carnival Convention Centre (SCCC) penang ngan famili.tapi tetiber teringat pasal status HALAL made from JAKIM.balik je trus cek tenet.yeay~! sunway LISTED! :)

Senarai Hotel Halal Penang

CAHAYA UTARA SDN BHD (CITITEL HOTEL PENANG) Sijil Telah Ditarik Balik CAHAYA UTARA SDN BHD T/A CITITEL PENANG 66 PENANG ROAD 10000 PULAU PINANG MALAYSIA

EVERGREEN LAUREL HOTEL (PENANG) 53, PERSIARAN GURNEY, 10250 PENANG, MALAYSIA

HOTEL SERI MALAYSIA (PENANG) PRISMA LAMUNI SDN BHD NO 7, JALAN MAYANG PASIR 2 BANDAR BAYAN BARU, 11950. PULAU PINANG

BAYVIEW BEACH RESORT PENANG BATU FERRINGHI BEACH 11100 PULAU PINANG PULAU PINANG

BAYVIEW HOTEL GEORGETOWN PENANG 25-A FARQUHAR STREET 10200 PENANG PULAU PINANG

BERJAYA GEORGETOWN HOTEL (PENANG) SDN BHD ONE STOP MIDLAND PARK 10350 JALAN BURMAH PULAU PINANG

COPTHORNE ORCHID HOTEL PENANG SDN. BHD. 11200 TANJUNG BUNGAH PULAU PINANG

EASTIN HOTEL PENANG 1, SOLOK BAYAN INDAH QUEENSBAY 11900 BAYAN LEPAS PULAU PINANG

FLAMINGO BY THE BEACH JALAN TANJUNG BUNGA 11200 PULAU PINANG PULAU PINANG

G HOTEL SDN. BHD. 168 A, PERSIARAN GURNEY 10250 PULAU PINANG PULAU PINANG

HOLIDAY INN RESORT PENANG 72, BATU FERINGGHI 11100 PULAU PINANG PULAU PINANG

HOTEL EQUATORIAL PENANG NO 1, JALAN BUKIT JAMBUL BAYAN LEPAS 11900 PULAU PINANG PULAU PINANG

HOTEL GRAND CONTINENTAL 68, JALAN GUNDAWARA (JALAN BRICK KLIN) 10300 PULAU PINANG PULAU PINANG

HOTEL SUNWAY GEORGETOWN PENANG NO 33, NEW LANE (OFF MACALISTER ROAD) 10400 PULAU PINANG PULAU PINANG

HYDRO HOTEL PENANG JALAN LOW YAT 11100 BATU FERINGGHI PULAU PINANG

KAFE KASEH SAYANG TRAVEL LODGE SDN BHD NO. 1, LORONG BAGAN LUAR 1 12000 BUTTERWORTH PULAU PINANG

MARINA COVE RESORT MANAGEMENT SDN BHD JALAN TELUK BATIK 32200 LUMUT PULAU PINANG

NAZA HOTEL PENANG 555, JALAN CM HASHIM TANJUNG TOKONG 11200 PULAU PINANG PULAU PINANG

PARADISE SANDY BEACH RESORT PENANG 527, JALAN TANJUNG BUNGAH 11200 PULAU PINANG PULAU PINANG

PEARL VIEW HOTEL 2933 JALAN BARU SEBERANG PERAI 13700 BUTTERWORTH PULAU PINANG

SJ RECREATION CENTRE BERHAD SAFIRA COUNTRY CLUB 2769 MK 1, JALAN TODAK 13700 BANDAR SEBERANG JAYA SEBERANG PERAI TENGAH PULAU PINANG

SUNWAY HOTEL (SEBERANG JAYA) FOR SUNWAY CARNIVAL CONVENTION CENTRE 4TH FLOOR, 3068 JALAN TODAK PUSAT BANDAR 13700 SEBERANG JAYA PULAU PINANG

SUNWAY HOTEL (SEBERANG JAYA) SDN BHD NO. 11, LEBUH TENGGIRI DUA PUSAT BANDAR SEBERANG JAYA SEBERANG JAYA 13700 PERAI PULAU PINANG

TANJUNG BUNGAH BEACH HOTEL NO. 505 JALAN TANJUNG BUNGAH 11200 TANJUNG BUNGAH PULAU PINANG

THE SUMMIT HOTEL BUKIT MERTAJAM 566, JALAN ARUMUGAM PILLAI BUKIT MERTAJAM SEBERANG PERAI TENGAH PULAU PINANG

TRADERS HOTEL @ KOMTAR HOTEL SDN BHD JALAN MAGAZINE, 11300 PULAU PINANG PULAU PINANG

Nak tau detail lagi, meh visit website halal : http://www.halal.gov.my/v2/index.php?ty=maklumat_hotel

sudah berkurun

soalan :

ha! dah lama blog ni xdikemaskini kan? kan?
(ape gunanya wat blog kalo xupdate??-monolog dalaman)





jawapan:

blog xupdate sebab sibuk=busy=taihenisogashi=SIBUK LAH!
banyak benda nak kene dahulukan dan kasik priority..
(alaa..status FB ley plak update selalu..ceitt!! -monolog dalaman)
tapi
jangan risau!
arjunajalanan akan HIDUP balik sedikit masa lagi.
nafas baru.feel baru.jiwa baru!
(perghh..propaa xbley blahh..! -monolog dalaman..lagi)
xkesah lah orang nak cakap apa, xkacau hidop hampa pon!
(lol...pesal tetiber emo ni..iskk -monolog lagi)



yesterday LAH!


Walking on a path of air
See ur faces everywhere
As you melt this heart of stone
You take my hand to guide me home and
now



I’m in love....:))


mr big apple and uncle carls

semalam
18.08.10
gigih berjalan kaki ke main library dari kolej ASTAR
dibawah terik matahari
seorang diri
semata-mata untuk renewal buku2
tapi
bila tiba di kaunter pemulangan

"maaf dik..server down.and kami xdapat proses ape2 pemulangan or renewal TERMASUK online renewal sebab pendeta web ada tech error"

fuh!
geram!
terus keluar

dan
menuju ke deretan bus stop belakang main library
ibarat wakil rakyat turun padang
ramai plak yang tegur-menegur
xkira lagi
yang pandang semacam je dari jauh
tak selesa! (ahakz)

terus
berjalan kaki ke department geologi
menunggu si A
sebab teman si A jemput BF dia si B


Stesen Universiti ke Masjid jamek
masjid jamek ke pwtc
ke the mall
si B tiba dan solat asar
terus ke midvalley

koc wanita.
penuh ngan wanita
koc laen2
penuh pelbagai jenis warna kulit dan wajah menakutkan.
haihs~

berbuka dengan sedozen big apple donuts
alien,kiwi,oreo,cheese,alien,cheese
jadi pilihan hati untuk pencuci mulut
alhamdulillah
dan solat

menuju ke 'warung' uncle carls
tak ramai orang
selamat~!
tapi tetap ada junior2 yang aku kenali.
sangat tak privaci.
adess~

kesimpulan
terima kasih si B sebab menaja makan minum
dan
jangan pergi midvalley
kalau tak nak kantoi ngan sape2. (-_ -)'


tak ada tajuk tapi ada maksud

menjadi pelajar tahun akhir
sarjana muda ukur bahan

sangat letih
langsung tak seronok
hari-hari busiest
tension!
esaimen bertubi-tubi
kurang rehat
jarang balik rumah
kurang tegur sapa
mata bengkak
hati xsenang

kesimpulannya

padan muka!

tapi

selamat maju jaya buat diriku.yosh!

mhs 2010

mhs 2010
mengajar aku erti berkepimpinan
mengajar aku cara berkepimpinan
mengajar aku susahnya berkepimpinan

ya.
bukan mudah untuk memimpin
apatah lagi nak dipimpin
penuh liku ranjau dan cabaran

namun
aku redah
aku teruskan
walau kadangkala aku terasa berat bahu nak memikul
walau kadangkala aku terasa keciwa di hujung hari
walau kadangkala aku terasa airmata murah mengalir

ini semua realiti
bukan fantasi
kerna
aku berjaya
dalami pelbagai ilmu baru
dalami pelbagai kemahiran
selami pelbagai emosi
penuh tawa duka
masam manis kehidupan manusia

37 hari
hari pertama jun
sehingga minggu pertama julai
itulah tempoh masa yang diamanahkan pada ku
untuk buktikan kualiti kepimpinan sebenar

aku
masih baru
masih tatih
masih muda
dalam mengenal selok belok dunia ini
namun
ada juga musuh dalam lipatan
mustahil untuk katakan tidak
tapi inilah realiti sebenar

alhamdulillah
semua sudah berakhir
tirai dilabuhkan dari hari ke hari
mengikut aturan dan perancangan
aku sudah merdeka! merdeka! & merdeka!

terima kasih
abah & mak
famili yang memahami tugas ku

terima kasih
kawan-kawan Sentral Wave
aku bangga dan kagum
anda memang terbaik!

terima kasih
pentadbiran universiti
kerana memberi kepercayaan ini pada ku
mungkin ini peluang pertama dan terakhir bagi ku

maaf
jika aku tak siqoh
sepanjang tempoh kepimpinan
halalkan mana yang terlebih terkurang

sekian


shahairul b sairi
ketua pembantu mahasiswa sentral
minggu haluan siswa (mhs) sesi 2010/2011
universiti malaya




paper pertama

.

..

.....

....................



cuak.

saspen.

gugup.

menggeletar .


ah!
ni sumer penangan
paper pertama

good luck
sape yg amik paper APK
petang ni kul3

especiali team
purplicious

^___^


semoga sukses!



Selamat Menghadapi Peperiksaan

Sahabat2
(",)..



Maat Taufik Wan Najah..

Semoga Mendapat Kejayaan Di Dunia dan Akhirat,



InsyaAllah..
(Disebalik Kepayahan Disitulah Kekuatan)..



Usaha,Tawakkal,Percaya nan Jitu kepadaNya..=)



<20april2010-7may2010>





teleTUBBIES versi budak besar


[ K.A.M.I ]

*.rodzy.erul.eqa.sara.*


mode

bertukar menjadi

teleTUBBIES

version budak besar!

weeeeee~~ ^_^


*tangantaip : BUHSAN mode..dah muak ngadap note bertimbun2..bace je sumer..ntah paham ke x belakang kira..huhuhu..xpe2..geng2 teletubbies! skrg kne kuarantin ye wiken ni..belaja btoi2.harumkan nama pusat asuhan budak-budak besar ni..oyeah! *


mengejar bulan malam

stadi week.
2hari belajar main.
xserius!!!

jam 1130pm
sebab hyper-tension terlampau
kami lari
ke restoran j0han kg baru
menikmati santapan diner.

kami berdebat sesama sndrik.
terus ke persidangan meja segi empat tepat.
tiada kata putus.
terus dibelengu tensi.
argh!

balik semula ke UM.
di depan post guard..
sh*t!
tension melampau sesama kami.
setuju ke destinasi laen
sblom balik kolej terchenta.
arah tanpa tujuan..

lost!
sampai persimpangan PJ.
buat u-turn.
decide ke selayang.
motif?
tenangkan ati dan bebaskan tensi.
di kolam air panas.
*1st tym nak pegi*

GPS berfungsi cemerlang
jam 1238pagi.
sampai jua di hotspring.
ramai mat2 rempit berkeliaran.
cuak tp msg2 cover cool~
*nice*

lebey kurang 300pagi.
betolak ke rumah bro ayie..
super duper snior kolej..
villa mewah pe ntah kt selayang..
capture last picture of da nite.

thx so much! ^_^

dis is our LAST picture..
skuad mengejar bulan malam

*from left : erul..rodzy..bro ayie..eqa..sara..mamy..*
the end...^_^

pesanan istimewa


pesanan Noriah (1.45am 9april2010) via FB chat :

terbang2,,,

sudut kecik ku isi,

untuk senyuman mu lagi..heeee ^_^

da 3 ciri2 sahabat yg leh kte panggil sahabat

1) ada saat kita memerlukan

2) mendoak bila kita dh xda di dunia ni..

3) xmemburukkan kita n menerima kita seadanya..

erul..~~

moga hang dpt tdo dgn lena mlm ni..

cbe bce quran surah al-mulk..insyaAllah,tenang nanti..

pesanan utk ak juga...

nite erul...~~

pelangi akn muncul lps ribut, hujan, n petir kn??? ;)


*terima kasih noriah.ak bukan hanya arapkan pelangi,malah arapkan sinar berkilau cahaya jauh dr kebiasaanya..ameen~ ^_^ *

alumni sains alam shah


dah bertaun2 tinggal kan sek.
baru skrg ngaku jd ALUMNI..
keji x???

huk3..^_^



final exam!

gedebak-gedebuk.
dah 14minggu mse berlalu utk habiskan riwayat sem4 ni.
pergh.~
14mggu tuh mcm dh banyak lah blaja kan..
klo dak2 medic or nerd.
mesti pale dah tepu ngn ilmu2.
tp pale ak lak cmne?
tepu mmg xlew.
mmg tipuu besar r klo ngaku tepu.
huk3.
coz ak tau n sedar ap yg telah ak wt sem ni..
wargghhh~!

*tetiber mode nyesal muncul~wink!*

nyesal pon sudah.
tp xbemakna dah berakhir semua ni..
lom lagi..story lom khatam ag.
masih punya waktu utk ak berusaha..yosh!

kawan2!
mari usha jadual exam ak.
mne nk tau kot..
ley doa2 kan skali kejayaan kta bersama..hik3 ^^

20.april.2010
gxex1412
asas pembudayaan keusahawanan [apk]

22.april.2010
bqeq2120
CIVIL engineering

26.april.2010
bqeq2110
construction LAW

30.april.2010
bqeq2226
structure

3.may.2o1o
tbej2331
JAPANESE language Level II

4.may.2010
bqeq2203
MEASUREMENT III

5.may.2010 onwards...
hip..hip..
HOORAAYYY~!!!

^___^