Followers

epilog KEMBARA BUMI KENYALANG : 2nd day


kampung budaya negeri sarawak




kampung boyan (belakang tuh gunung santubong)



muzium kucing DBKU




Kompleks DUN negeri Sarawak

Kampung Budaya>Kg Boyan>Muzium Kucing>DUN Sarawak

Tarikh : 2 Disember 2009 (Rabu)

Seawal jam 550 pagi kami dikejut bangun agar dapat bersama-sama menunaikan solat subuh berjemaah. Dan kira-kira jam 650 pagi, kami berkumpul di dataran kolej cempaka untuk taklimat aktiviti program dan sarapan pagi. Antara aktiviti kami hari ini adalah lawatan ke Kampung Budaya negeri Sarawak, Makan tengahari di tebing sungai Kampung Boyan, lawatan ke Muzium Kucing, lawatan ke Kompleks DUN Sarawak dan pada sesi malam, akan diadakan aktiviti Ice-breaking.

Kehadiran kami di Kampung Budaya disambut mesra oleh petugas disana. Terdapat 7 buah rumah di sekitar Kampung Budaya antaranya adalah Rumah Melayu, Rumah Cina, Rumah Panjang Melanau, Rumah Panjang Orang Ulu, Rumah Panjang Iban dan Pondok Penan. Setiap rumah ini mempunyai ciri-ciri rekabentuk tersendiri dan begitu unik. Setiap rekabentuk ini mempunya ceritanya yang tersendiri. Hiasan dalaman rumah-rumah ini juga menunjukkan kehidupan sebenar kaum-kaum etnik di Bumi Kenyalang ini. Pendedahan yang jelas disertakan penerangan yang terperinci oleh ‘tuan rumah’ ataupun petugas rumah masing-masing membolehkan kami menambah ilmu pengetahuan dan memahami kehidupan sosio-budaya etnik di negeri ini.

Setelah selesai mengunjungi ketujuh-tujuh buah rumah, kami berkumpul di Dewan Teater untuk menyaksikan persembahan kebudayaan mengikut etnik masing-masing. Persembahan yang disajikan kepada kami cukup menghiburkan. Gerak geri yang tertib dan lemah gemalai oleh para penari membuatkan penonton yang memenuhi dewan tersebut terpaku dan fokus menyaksikan persembahan mereka diatas pentas. Iringan irama muzik yang unik tetapi tidak membosankan jelas merupakan ‘perasa’ tambahan dalam persembahan yang dipersembahkan kepada kami. Sebelum persembahan berakhir, para penonton termasuk kami diajak naik ke pentas dan menari bersama-sama. Cukup menghiburkan.

Selepas Kampung Budaya, bas yang membawa kami menuju ke Kampung Boyan iaitu sebuah perkampungan melayu yang tidak jauh daripada Kampung Budaya. Apa yang menarik, kampung ini berlatarbelakangkan Gunung Santubong iaitu antara gunung yang menjadi kebanggaan penduduk setempat. Kami makan tengahari di tebing Sungai Kampung Boyan dan menunaikan solat di masjid kampung tersebut juga sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi berikutnya.

Destinasi seterusnya ialah ke Muzium Kucing yang terletak di tingkat bawah bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU). Muzium ini cukup menarik kerana hanya mempamerkan pelbagai koleksi cerita,sejarah dan kisah mengenai haiwan bernama Kucing sahaja. Sangat bertuah kucing-kucing zaman sekarang.

Hampir sejam lebih di muzium kucing, kami seterusnya ke Kompleks baru DUN negeri Sarawak yang menjadi kebanggaan dan mercu tanda negeri Sarawak hari ini. Kompleks yang bernilai 300 juta ringgit malaysia ini memakan masa 5 tahun untuk disiapkan. Rekabentuk bangunan yang sangat unik dan berseni turut menerapkan seni-seni dan ciri-ciri setiap etnik di negeri ini. Gahnya kompleks ini tersergam indah di hadapan waterfront bandaraya Kuching ternyata hasil kerjatangan arkitek Hijjas Kasturi Consultant. Kompleks ini setinggi 9 tingkat yang mana pada tingkat teratas iaitu tingkat kesembilan dibuka kepada orang ramai untuk menyaksikan pemandangan bandaraya kuching dari udara. Kompleks ini menempatkan pejabat Ketua Menteri Sarawak dan menteri-menterinya, Dewan Undangan Negeri Sarawak, Dewan Santapan ataupun Dewan Lapau dan sebagainya.

Pada sebelah malamnya, bertempat di dewan seminar kolej cempaka diadakan pula sesi ice-breaking dan pembahagian kumpulan. Sesi ini merupakan sesi rasmi pengenalan dan perkenalan diri kepada semua. Setelah orang terakhir memperkenalkan diri, kami dipecahkan kepada 4 kumpulan dan diberikan masa untuk memberi nama kumpulan,lagu kumpulan dan gaya kumpulan. Akhirnya, tertubuhlah 4 kumpulan iaitu kumpulan Terubok(ikan terubok), Kleba Kacak (rama-rama), Kelontet (pepatung) dan Tengkoyong(siput). Nama-nama kumpulan ini adalah berdasarkan nama fauna tetapi dalam bahasa Sarawak.

epilog KEMBARA BUMI KENYALANG : 1st day

**entri kali ni mengenai pengalaman aku dan
anuar, timbalan presiden II kolej KUAZ UM
mengikuti program KEMBARA KEPIMPINAN IPT 2009
bertempat di UNIMAS SARAWAK
pada 1 disember 2009
sehingga 12 disember 2009**


SARAWAK CLUB,RAKAN BARU & UNIMAS

Tarikh : 1 Disember 2009 (Selasa)

Penerbangan kami dari Kuala Lumpur ke Kuching Sarawak pada jam 4.20 petang. Kami bertolak ke LCCT Sepang kira-kira jam 1 tengahari menaiki kenderaan yang disediakan oleh pejabat HEPA. Setibanya di LCCT Sepang, kami terus ke kaunter masuk dan menyelesaikan urusan tiket dan bagasi. Sejurus kemudian, pada jam 4.30 petang, kami meninggalkan bumi Semenanjung Malaysia dengan pesawat Air Asia AK5212 iaitu penerbangan terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Ketika dalam perjalanan, perasaan kami sangat teruja dan berdebar. Kami berdoa agar niat dan perjalanan kami ini dirahmati Tuhan.
Dengan faktor cuaca yang baik, perjalanan udara yang mengambil masa 1 jam 45 minit ini terlalu singkat. Ini kerana, sepanjang perjalanan, kami dapat melihat pemandangan udara yang cukup indah dan menarik. Tetapi, sejurus pesawat memasuki zon Bumi Kenyalang, cuaca berubah. Hujan lebat meyambut kehadiran kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Namun begitu, bibit-bibit senyuman yang dilemparkan oleh beberapa mahasiswa UNIMAS di luar pintu ketibaan kepada kami, sangat dihargai dan terharu. Kami diberitahu sedikit makluman mengenai acara seterusnya iaitu Majlis Makan Malam & Perasmian program di Sarawak Club pada jam 830 malam.
Usai membersihkan diri, kami (termasuk mahasiswa daripada pelbagai IPT dari semenanjung) terus bertolak ke Sarawak Club. Sarawak Club merupakan tempat yang acapkali menjadi pilihan untuk para pemimpin-pemimpin negeri Sarawak dan ahli korporat berkumpul dan bertegur sapa. Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor UNIMAS. Para hadirin disajikan makanan masakan cina dan persembahan kebudayaan oleh mahasiswa UNIMAS. Pertemuan kali pertama membuatkan ada dikalangan kami yang tersipu malu dan kekok untuk bual bicara dan berkongsi cerita. Majlis tamat kira-kira jam 1100 malam dan diakhiri dengan taklimat ringkas oleh pihak urusetia program.
Kami bertolak pulang ke tempat penginapan iaitu di Kolej Cempaka UNIMAS. Kolej Cempaka merupakan kolej terbaru di kampus induk UNIMAS ini. Rekabentuk moden dan berkonsepkan apartment membuatkan kolej ini berada di kelas yang tersendiri berbanding kolej-kolej yang lain.

Rumusan :

Hari pertama menjejakkan kaki di Bumi Sarawak begitu mengujakan kami. Kemajuan modenisasi bandaraya Kuching membuatkan kami tidak berasa asing dan janggal malah merasakan seperti kami berada di bandaraya Kuala Lumpur pula. Sarawak kini bukan sama seperti Sarawak Dulu.
Sarawak Club, kawan baru & UNIMAS. Pengalaman hari pertama yang tidak mungkin kami lupakan. Di Sarawak Club menjadi medan saksi perhimpunan pemimpin-pemimpin tertinggi 24 IPT, politeknik, kolej komuniti di seluruh negara. Cukup mengujakan. Jika sebelum majlis ada antara kami malu- malu kucing untuk bertegur sapa, namun pada akhir majlis, kami sudah tidak malu bertegur sapa. Malah, ada yang terlebih gelak ketawa. Begitu cepat ukhwah(perhubungan) antara kami terbina. Jelas disini, komunikasi merupakan kemahiran yang sangat penting dalam aspek pembinaan perhubungan dan penyatuan di antara satu sama lain. Terima kasih UNIMAS kerana menyatukan kami.











malas gila

semekom!

malas tahap 1.

malas tahap 2.

malas tahap 3.

malas tahap 4.

malas tahap 5.

malas GI-LA!


*tangantaip: SIBUK memanfaatkan hari-hari cuti ngn sebaek mgkin..^__^ *

rindu

amar..
uncle rindu kamo.
nnt lpas uncle abes exm kta jumpa ye..
jangan nakal2.
jaga mama & papa elok2!

(^_^)



*Ammar Darwisy bin Norazrin*
*birth on 1.september.2009*




*tangantaip: abes exm trus g lost world tambun..nk njoy~! *

padan muka aku!

sekjap je mse berlalu.
dupdap-dupdap dah ari kamis.
haihhh~!
stadi xabes lg.
isnin dpn dah stat paper.
sje bikin cuak!
*dush*


xpe2...
*(think +ve)*
klo dipikir2 logik pon,
stadi ni mmg xkan abes smpai bla2 kan..
smpai ujung nafas skalipon..
tuh pon dengan keizinanNYA lah.
ngee~

cuak2 ni pon..
sempat ag nak bce novel..
ehh..ni bukan nak..
tapi MESTI baca~!
klo sebuah xpe la gak..
ni kne katamkan 2buah novel.
sangattt & teramat malas tooi ak nk bce deyh~!
bce pge 1 pon dh buhsan..
bikin ngantokk de la.
adehhh~!

tp xpe la.
demi paper ari slasa dpn..
ak kn berusaha katamkan ngn penuh barakah!
ngeee~

last words..
padan muka aku!

*ni r tajuk 'novel' tuh..besh kan..ding!*


*tangantaip : tuh laa..last2 minit bwu GELABAH nk stadi itu ini.rasakan!*

desakan waktu

dh lme xupdate blog..
smpai da owg igt blog ni dah 'mati' cuma kubur je xjumpa2 kat mana lg..

huhuhu~
[lancang btoi kata2 kamuh] .
tp,ak xsalahkan sapa2 pon.
tuan punya blog ni yg salah!
[sape lahh tuh yerk..grrr~]


berbicara mengenai desakan waktu ni..
ak rasa kan smkin terhempit..
rasa sesak nafas pon ada dek kesibukan aktiviti2 rutin/harian.
hurmmm~

lagi2 nak final exam kan.. paham2 sendrik la ye mcm mne rasanya. xperlu lah ak gtau coz ak yakin sumer pon penah alami cam ak alami skrg.. bkn nk propa or raih simpati. tp inilah namanya cabaran. cabaran yg menuntut pengorbanan. cabaran menuntut ilmu untuk bekalan masa depan. so, bagi ak,jangan lah kita merungut ataupun mengeluh dlm usaha menagih ilmu neyh. insyaALLAH..kelak pasti ada balasan setimpal untuk kita. weeeeee~

minggu ni masih minggu belajar sendrik.
nexwik dah stat FINAL~!
sangat2 menyeramkan...grrr~~

"examHolic sem3 2009/10"

26/10 - construction tech III
2/11 - titas
3/11
- hubungan etnik

5/11
- measurement II

9/11
- buildin
g economic II
12/11
- property management

16/11
- management theory




al da besh erul~! (^_^!)

kemaskini

salam 'alaik..

blog ini bakal dikemaskini
dalam jangka waktu terdekat
segala kesulitan mahupun kerumitan
amatlah disesali diiringi doa taubat.





<(^_^)>

rumah terbuka aidilfiti


Sambutan Rumah Terbuka AIDILFITRI KBS
di Bukit Jalil pada 8.10.2009 [KHAMIS]
jam 1030pagi sehingga 230petang..
Kepada sesiapa yang lapang & berminat untuk hadir,
sila hantarkan nama,no matrik,no telefon anda melalui msg FB ini
ataupun email SERUM [um_serum@yahoo.com]..
TEMPAT TERHAD kepada 40 nama terawal sahaja...
Pengangkutan disediakan...
[berkumpul di Hentian Bus belakang library utama]..
HARAP MAKLUM
^_^

*terbuka kepada warga ahli sekretariat rakan muda Universiti Malaya sahaja.grr~

lambaian syawal

ucapan penuh takzim buat semua

salam aidilfitri
1430H
maaf zahir batin
"raikan syawal, rayakan bersama"
tulus ikhlas
-shahairul b sairi-
-sm sains alam shah kl 0405-
-fakulti alambina universiti malaya kuala lumpur-

tagged

ehem3!
kne tagged.
so,buat je lol...
(smata2 nk puas kan ati owg yg tag ak tuh..hahaha)

1) Beside ur lips, where is the favourite spot to get kissed?
++ jari jemari. ;D

2)How did u feel when u woke up this morning?
++ OMG!! xsempat nk sahur..seb bek dah niat sblom tdo...huhuhuhu~

3) Who was the last person/people you took photo with?
++ coursemates! (mysara n abigail during TITAS presentation ysterday LOL.)

4) Would you consider urself spoiled?
++ klo rse toooo bad la..hehehe ;)

5) Have u ever had a best friend who was of the opposite sex?
++ yes i'm.a lot! =)

6) Do you want someone to be dead?
++ nop.coz ajal maut di tanganNYA.bukan ak...

7) What does your last text message say?
++ 'a'a.kul 9am der test management theory kat audi..tp,xstdy ag!hahaha'

8) What are you thinking right now?
++ ape laaa ak nk jawab tym test management pg ni r...satu hapak pon xstdy ag!adoiii`~

9) Do you want someone to be with you right now?
++ yeahh!! my supporterS~ ngeee

10) What was the time you went to bed last night?
++ around 3am

11) Where did you buy the tee you are wearing now?
++ sunway pyramid

12) Is someone on your mind right now?
++ yeah.tettttttt~ ;D

13) Who was the last person who text you?
++ her. =)

14) TEN lucky person to do this quiz.
++ xda.ngee~

*tangantaip: hari ini de test kul 9am.yosh ganbaree~*

edited


....XXooXX...

-Delegasi Anak Negeri : UM & UKM-

-15.ogos.2009-

-SMK Mohd Khalid (Mocha) jb + Sek Seni Jb-

*tangantaip : bepose itu rukun islam ke3.igt!~ *

pemashor


Visit PEMASHOR Universiti Malaya



.n.

harapan ramadhan



"...posto2!! dah redy nk pose?smgt toi! ho3. nwy, slmat menunaikan ibdh puasa d bulan rmdhan almubarak neyh.mohon maaf klo da salah silap..ngee ;)
*erul alambina.UM*.. "


wuuuit!
ni r ayat ak taip n anta sms kt hampir sumer kwn2 ak few day ago..hahaha
bek pengguna tegar celcom..xpon maxis.sumer ak antar...
digi xterkecuali gak..huhu.
diam2.dah masuk bulan ramadhan.
cpt sungguh mse berlalu.fuhh..
tp,
sperti biasa.taun ni pon..ak ader harapan.impian.
dlm bulan penuh barakah ALLAH ni.
harapan ak.impian ak..erm...
lebey kurg sme ngn bait2 lagu nyanyian RAIHAN neyh.
lirik penuh mendalam.penuh maksud yg ley menusuk jiwa.
pergh!!`
sama2 kta selami bait lirik lagu neh..
nk dgr melodi,'googl'ing sndrik!!
hahahaha~

HARAPAN RAMADHAN

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

*tangantaip : minggu ini sgt sibuk.maap klo xsempat nk update blog.byk story mahu kongsi.tp,tunggu a..klo ad keizinan.ngeee... ^_^ *


.redang & penyu.

salam almubarak!


.16-19.ogos.2009.
.pulau redang.
.t'ghanuu.
.1sentral universiti malaya kuala lumpur.


*tangantaip : selamat berpose kepada sumer kaum muslimin dan muslimat di seluruh pelusuk dunia..ihya ramadhan almubarak.*

doa

****:****
"Wahai Tuhan ku, lapangkan bagiku dadaku;
Dan mudahkanlah bagiku urusanku;
Dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku;
Supaya mereka faham akan perkataanku."
(Tha ha : 25-28)
*tangantaip : Islam itu indah.agama itu suci.*

bahasa dan aku

-3.02 pm- makmal komputer.fakulti alambina.UM-


yeay!
sok stat mid sem break..
satu UM cuti!
tp, seminggu je..
nk lebey2 kang xda lak cuti raya..
huhuhu~

ak xbalik umah ag kot..
'coz join Delegasi Negeri : UM-UKM
(anjuran persatuan mahasiswa johor UM dan UKM serta GPMS johor)
ktowg g sok malam..3ari 2mlm..FOC!

pastuh if xda aral..
ak g pulau redang lak ari isnin.
prgram tengok penyu bertelur..huhuhu
ni under sekretariat rukun negara UM
dok sne 3ari..wif FOC!
ngeee~

tapi,yg plg2 penting n utama kan..
ak ngah belajar bahasa bawah ni..
hahahahahaha~

yosh!
aja2 fighting~~ ;D






















*tangantaip : selamat bercuti kwn2.! + selamat berpuasa..ngeee~ *

resah lagi


.jam 933 pagi. kolej kediaman tun ahmad zaidi universiti malaya.

salam.
ak xtau nk mula dr mana....
coz pikiran ak kembali diracau.
bukan diracau oleh mkhluk2 halus,tp oleh kenangan silam.
arghhhhhh.!
btoi kata owg, biarkn kenangan yang lalu pergi berlalu..
tp,tuh kata2 owg.sng r diowg cakap..xkena batang idung sndrik.
yg kena n rasa dirik ak ni r...


hurm,

ak pon xsure tahap ketahanan dirik ak nak hadapi situasi cmni.
mmg ak nmpk strong dr luar,
tp,dalaman niyh ak xckop strong ag..(rasenye..)
hanya Tuhan je yg tahu...(ngee~)


even dah 2taun sumer kenangan ni berakhir..
ak stil xdpt delete kesemuanya dlm inbox kpala ni.
lagi2 menjak 2-3hari ni...
since ak dpt tau mereka2 nak pulang ke msia terchinta dlm mse terdekat.
tetiber ak rse nk menjerit..!!
traumaaa...!!!
fobiaa....!!!
arghh..
mengapa mesti diowg pulang..?
kenapa laa x dok sane je dulu smpai abes stdy n tunggu grad dlu ke...

hurm,xpe laaa.
coz ak pon dh carik jwpan utk soklan2 ni..
mereka punya keluarga,rumah,kwan2 n masyrakat disini...
ofcoz r mahu pulang kan!ngee~

cuma..,
apa yg ley ak wt skrg,
juz bermohon padaNYA agar kuatkan semangatku dan dayatahanku
untuk trus berada di landasan yg diredhaiNYA
bagi menempuh hari2 bersama diowg t dan kenangan2 silam yang bakal menghantui ruang legar kepala otak ni.

ku bermohon~~.. ^-^

*pic diatas hnya illustrasi semata2.xda kena mengena yg idop or passed away ;D*

*tangantaip: dah lmer btoi xjmpa mereka.juz tgk pic2 shje. anywy, selamat kembali kwn2.minna..okairiii~ *

PEMASHOR vs PERMAJ






*pic skema barisan wakil PEMASHOR UM, wakil PERMAJ UKM bersama-sama pemimpin tertinggi GPMS JOHOR*


Salam PEMASHOR!~


Kami, selaku Exco2 Persatuan Mahasiswa Johor (PEMASHOR) Universiti Malaya telah membuat kunjungan tidak rasmi ke Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi pada hari sabtu lepas.8ogos2009. Kunjungan ini dibuat sejurus tamatnya majlis perjumpaan ahli2 PEMASHOR UM bersama Penasihat PEMASHOR di Kamar Teratai, Kolej Kediaman Kesembilan (9th college) UM pada sebelah paginya. Perjumpaan kami juga disertai oleh beberapa orang pemimpin tertinggi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) negeri Johor termasuklah orang No.2 GPMS kebangsaan merangkap orang No.1 GPMS Johor. Terima kasih kepada ahli PEMASHOR yang sudi hadir dan meluangkan sedikit masa bersama. Diharap kalian mendapat input yang berguna dan bermanfaat dalam usaha memperbaiki diri sendiri sekaligus memantapkan jentera PEMASHOR kelak.

Kami tiba di hadapan DECTAR UKM kira2 pukul230ptg selepas 30minit perjalanan dari UM..(jauh gak woo UKM n UM..huhu) Ditemani Penasihat PEMASHOR, en kalam..kami meluangkan sedikit masa di DECTAR UKM sementara menunggu wakil Persatuan Mahasiswa Johor (PERMAJ) UKM datang menjemput. lebih kurang pukul3 ptg, bertempat di bilik kuliah 2 Fakulti Sains Sosial UKM, Perbincangan bermula diantara exco2 PEMASHOR UM, exco2 PERMAJ UKM serta pemimpin2 GPMS negeri JOHOR. Banyak perkara dibincangkan dan dibualbicara bersama, khususnya mengenai masalah2 yang timbul dikalangan anak2 Johor kedua-dua IPTA ini dan inisiatif2 yang boleh dan wajar diambil dalam usaha menangani masalah demikian. Perbincangan ini tamat kira2 pukul530ptg.

Terima kasih kepada Exco2 PERMAJ UKM diatas layanan baik & kesudian menerima kunjungan kami, PEMASHOR UM dan GPMS Johor. Semoga tautan ukhwah yang sedia tertaut antara kita dapat dipereratkan dan diakrabkan lagi agar MAHASISWA-MAHASISWI negeri JOHOR akan terus kekal cemerlang,gemilang dan terbilang...baik di dalam komposisi kampus mahupun di luar sana kelak.. JOHOR GAGAH BERANI..ngeee~!

sekian!

pic2:




*u...k..m! marvelouss~ ;D







*kami di dpn DECTAR..
panas oit!!!










*pemimpin2 GPMS..(plg kanan- presiden PEMASHOR UM-saudara ismail)

* exco2 PERMAJ UKM (2 dari kiri tuh presiden PERMAJ-sowi..nama lupa.kuang2)


**tangantaip : landskap UKM cantik n kemas compare U*...huhuhu.^_~ **

juadah rohani..


in the name of ALLAH, the Beneficient, the Merciful..



Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

"Sesiapa berbuat baik, maka kembali kebaikannya itu kepada dirinya,
dan siapa berbuat jahat, maka kembali kejahatannya itu kepada dirinya"

[Quran Surah al-Israk ayat 7 ]

Rasullullah SAW bersabda :

"Setiap penyakit ada ubatnya, penyakit dosa
beristifar dan minta ampun ubatnya."

[ hadis sahih Tarmizi Bahrul Mazi ]


*renung-renungkan..dan
selamat hari Jumaat
*


^^/



poco-poco dan aku

menari poco2.
ikot rentak mereka.
jum3!~

lamaran cinta.

whooop!

semekom..(cobaan typing 1..2..3!)

ok la..
since der yg xpaham sgt previous entry ak..
so,
kali niyh ak cuba la meng'create' entry yg sng n mudah kowg paham..
xda kias2..direct forward.
ak nk wt ala2 tulis diary..(tuh pon kalo jadi yerk..kuang3)

rabu.5 ogos 2009.13 syaaban.

ak g muzium negara wt kali ke2 seumor idop (stakat neyh laa..) tepat jam 1030pg. tym tuh ujan stil turun..tp,dh renyai2.xkesah la..lpas 10mnt perjalanan dr UM.ak pon smpai kt muzium negara.yeay! terexcited lebey plak tym tuh..ye r.coz dh lama xdtg sini.last dtg pon tym ak sek rendah..xbyk pon berubah ak tgk dr luar.huhu.

ujan stil malu2 nk twun lebat..pe lg..ak pon gagahkan kaki melangkah girang masuk pintu entrance. tp,tup2 kne bayar duit tiket.kne charge rm2! hurm... xkesah r..coz ak rse still reasonable price n ley ditrima ag.(maksudnya ak still mampu la..huhu) haa..mst plik kan..byk2 tmpt kt kl neyh..pesal laa muzium gk jd tempat ak ari ni? hohoho..

meh nak habaq hampa smua..ak g muzium ni pon der sebab..sebab utama adlh ak nk carik maklumat tambahan pasai kajian projek HUBUNGAN ETNIK n TITAS ak sem ni..kt muzium ni der laa kot maklumat pasai projek2 ak neyh.nak x nk..kne r g gak.huhuhu~~

balik pada jalan cter,ak pon jelajah+explore setiap sudut n ruang dalam bgunn muzium tuh smata2 nk carik mklumat..ye la,mne nak tau kan..info2 yg ak nk terselit kat celah2 tmpt cmtuh.kui3.. lebey kurg 1jm ber'siar-siar', ak pon g hang out n rilek jap kt library muzium lak..carik pe2 yg patut gak..haa..dpt r bhan n info skit2.huhuhu.ujan masih twun tym tuh..xley nk balik.hurm..dkt setngh jam tunggu.hujan pon berhenti.so,ak pon trus amik moto n chow! hahaha.gudbye muzium..~! lalalalala..

mse perjalanan balik, kt simpang trafic light kg abdullah hukum tuh,tetiber ader some1 ajak g mid! jum g mid.jum g mid! haa..sebab kasihan kt dia..ak pon patah balik n trus menuju kt mid.huhu~

smpai mid.ak bertemu dia.dia kwn2 je.stdy kt somwhere.hehehe.dia sje ajak jmpa coz lme xjmpa.hurm,lpas minum2 jap kt FoodCourt mid.ak n dia pon g la beratur bli tiket wyg.dia ajak tgk proposal..haiyoo! nk pitam ak.byk2 cter laa.npe la nk tgk cter cintancintun neyh..mentang2 r ak ngh single (ahakz)..ajak la tgk cter cmneyh..mmg tercabar dow! hehe.apekan daya,mlas nk keciwa kan dia..ktowg pon tgk cter 'the proposal' lakonan mantap sandra bullock ngn ryan pe ntah! hahaha... overall, cter ni mmg besh r.so funny n interesting! gelak sakan gak r ak dlm hall tuh.hahahaha.....

lpas abes muvie,ktowg g shopping2 skit.ak pon der shoping skit..jeng3.ak bli kasut bwu! yeay~ bli kasut sport rbk hexalite..ader sale.tuh yg agak mampu skit..klo xda diskaun..mmg khatam duit dow!! hehehe.. dlm kul400pm,ak ngn dia pon bw haluan msg2. hurm,ak kol5 der kelas hubungan etnik smpai kul7,so,trus je aa g fac dr mid.mlas lak rse nk balik kolej 10 dlu..trasa sgt3 jauh.uhuhu.dalam klas etnik,ak pon tdoo..n xfokus coz kepenatan..zzZzzZzz..sian kan ak.kekeke.

kesimpulannya,suka sgt ari ni.hepi sgt coz dpt ceria kan dia.coz dapat wt dia ketwa lg.coz dpt knal lg rapat ngn dia.heee~ thx dia! ;)


*the proposal - muvie wajib tonton diswik!! hahaha~


*babak paling ak ske skali..(jatuhnye ego perempuan sihir jahat!! hahaha)




*rbk hexalite.(tp,ak bli calor putih..bkn itam.hehe)



*nota jari : seb bek kua arini.coz hepi wednesday!sumer murah2.hahaha..so,sape2 nk kua mne2,pilih la ari rabu.igt tau...kekekeke.nwy,nk selitkan tazkirah skit.berbunyik : Hari ini adalah tgl 14 Sya'ban, berarti besok adalah pertengahan bulan Sya'ban. Menurut hadits Nabi, dimalam pertengahan Sya'ban itulah kita panjatkan doa karena pada saat itu, tiada satu aral melintang apapun yang akan menghalangi doa kita utk dikabulkan. Dimalam itu juga dibukakan 300 pintu rahmat. Kirimkan ini ke sahabat-sahabatmu maka insya Allah temanmu akan mendoakanmu. Amin Ya Rabbal'alamin ^_^

-end-




di mana-mana..













ehem3.!

perhatian3!

ni cheer terbaru :

erul di mana?
erul di sini...


erul di mana?
erul di sana..

erul di mana?
erul di mana-mana...


*ulang 2x

nukilan : sendirian berhad

hak cipta terpelihara.

*nota kaki : merengggg skit pg2 buta neyh.mata xley tutop ag..segar bugar cm ikan fresh bwu nek jetty.huhuhu*

^-^

kembali bersua..


salam ukhwah!
(kembali...)

ku pohon kemaafan kalian.
setelah.
sekian lama meninggalkan alam berblogging ini.
maaf kan ak. ^0^

dengan izin NYA.
kan ku berusaha.
mengaktipkan kembali.
laman ini seperti tika dahulu.

ku titipkan ribuan penghargaan.
atas segala sokongan dan nasihat.
daripada kalian.

kejujuran n keikhlasan.
hati budi kalian.

ku hargai sampai hujung nyawa...

wallahualam~

*latest pic wit my buddies. ^-^

9 jun..

alhamdulillahh...
dpt lg bernafas...
syukran ya ALLAH!
^-^

perjalanan by firdaus

lagu: PERJALANAN
artis: FIRDAUS

Demi masa yang kita lalui
Perlu dihargai jangan ia dibaziri
Kehidupan yang kita kecapi
Kurniaan Ilahi
Perlu ia disyukuri

Kadangkala kita tak menduga
Ujian berlaku tiap masa

Kuatkanlah usaha
Jangan mudah putus asa
Berserah padanya

Kau pastikan berjaya
Mengharunginya dengan
Penuh keyakinan

terminator mode.

terminator salvation
beshh bangatt!!
xnyesal tgk ari nieyh..
wakakakka~ ;P

next muvies:
transformer/ harry porter..



latest muvies :
syurga cinta.jangan pandang belakang congkak.monster vs alien.terminator salvation..
(minggu lepas je..)


teselit kat BH gak!!

Pelbagai usaha tingkat pencapaian pelajar desa
Oleh Anwar Hussin dan Sazarina Shahrim


MUHYIDDIN dan Noh (kanan) bersama pelajar menyanyi lagu Titian Muhibah pada perasmian Program Titian Gemilang kelima di Universiti Malaya, semalam.

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengambil pelbagai langkah meningkatkan pencapaian akademik murid di luar bandar terutama subjek bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia termasuk menyediakan guru terbaik untuk berkhidmat di luar bandar di samping mengenal pasti kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. “Selaras hasrat menyediakan pendidikan bermutu kepada semua, kementerian komited memastikan pencapaian akademik murid luar bandar dipertingkatkan.

“Kita sudah mengenal pasti kelemahan ketara murid luar bandar dalam mata pelajaran Inggeris, Matematik dan Sains. Ia tidak boleh dibiarkan kerana akan menyebabkan jurang bertambah lebar,” katanya pada pelancaran Buku Sejarah Perguruan Malaysia, di sini semalam. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata, langkah itu selaras hasrat kerajaan menyediakan pendidikan bermutu kepada semua dan memastikan setiap murid mendapat akses kepada pendidikan bermutu, terutama dalam bidang Matematik dan Sains yang menjadi mata pelajaran teras. Beliau berkata, pengambilan penuntut kursus perguruan peringkat diploma dan ijazah sarjana muda akan ditambah untuk memenuhi keperluan yang semakin mendesak, terutama di luar bandar yang mengalami kadar pertumbuhan penduduk yang pesat.
“Dengan tenaga pengajar berpengalaman serta kemudahan pengajaran dan pembelajaran terkini, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) berupaya menyediakan latihan secukupnya, seterusnya membolehkan mereka memberikan pendidikan bermutu kepada murid,” katanya. Sementara itu, Muhyiddin berkata, Kementerian Pengajian Tinggi akan memberi penjelasan kepada Kabinet hari ini berhubung kesilapan teknikal Universiti Sains Malaysia (USM) menyenaraikan calon yang memohon memasuki universiti itu. “Saya menyerah kepada Kementerian Pengajian Tinggi membincangkan perkara itu dan mencari penyelesaiannya. Kalau kesilapan teknikal, ia perlu diperbetulkan dengan memberi peluang kepada mereka yang layak mendapat tawaran,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Titian Gemilang kelima di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, di sini. Turut hadir, Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Noh Omar. Namun, Muhyiddin berkata kesilapan tidak sepatutnya berlaku kerana ia menjejaskan pelajar.

gumbiraa!!


^_^
pst: dalam THE STAR pon ader gk..tp,malas r nk post ag..check it out k!wahahaha~ =P

aku di UTUSAN MALAYSIA!

utusan malaysia
3jun2009

Motivasi membentuk peribadi
Oleh Muzdalifah Mustapha dan Saifulizam Mohamadpengarang@utusan.com.my

Muhyiddin Yassin (tengah) dan Noh Omar bersama para peserta Program Motivasi Titian Gemilang selepas merasmikannya di Universiti Malaya, semalam. - Bernama
(dapat carik ak??huhuu..ak in between TPM n datuk Noh Omar..weee~~)

KUALA LUMPUR 2 Jun - Program motivasi diri di kalangan pelajar mampu membentuk sahsiah keperibadian yang baik bagi menjamin kehidupan mereka di dunia.
Pengerusi Pertubuhan Alumni Kelab-kelab UMNO Luar Negara, Datuk Noh Omar berkata, para pelajar seharusnya menyertai lebih banyak program motivasi supaya dapat bersiap sedia melangkah kehidupan selepas alam persekolahan.
"Oleh itu, pihak Alumni bercadang mengadakan program motivasi diri untuk pelajar-pelajar sekolah secara berterusan kerana ia memperlihatkan pencapaian yang positif terutama dari segi ilmu pengetahuan," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis penutup Program Titian Gemilang ke-5 anjuran Pertubuhan Alumni, Kementerian Pelajaran dan Universiti Malaya.
Majlis tersebut disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Turut hadir Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya, Profesor Madya Datuk Dr. Azarae Idris.
Noh yang merupakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, para pelajar juga tidak boleh hanya bergantung kepada pakar motivasi untuk menjadi individu yang berilmu dan berakhlak mulia.
Para pelajar, jelasnya, perlu juga menghayati prinsip Rukun Negara yang sentiasa menegakkan dasar-dasar perlembagaan negara.
"Jika pelajar mematuhi konsep Rukun Negara bermula dari zaman persekolahan, negara akan menjadi aman seperti yang diharapkan oleh para pemimpin dan rakyat," jelas beliau.
Program Titian Gemilang yang diadakan selama tiga hari sejak Ahad lalu juga merupakan program kerjasama dengan Utusan Malaysia.
Sebanyak 1,500 naskhah akhbar Utusan Malaysia diedarkan sebagai bahan pengajaran untuk para peserta dalam salah satu slot khas program itu.
Penolong Pengarang Utusan Online, Lukman Ismail yang mengendalikan slot bersama Utusan Malaysia itu berkata, para peserta diberikan pengetahuan mengenai pentingnya penggunaan akhbar dalam usaha mempertingkatkan kecemerlangan dalam pelajaran.
Katanya, peserta turut diberi penerangan mengenai aspek-aspek di dalam akhbar itu yang boleh membantu para pelajar mencapai keputusan terbaik dalam peperiksaan.
Program motivasi kali kelima itu disertai seramai 1,800 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari seluruh negara.

*salam..ak pon xsangka ley kuar pic neyh kt paper..igt kn kua pic peserta2..tp,kua pic fasi2 plak..alhamdulillah..teselit gak muka ak..tetiber rse glamorr skjap coz ramai kwn2 anta msg gtau yg pic ak der dlm utusn..huhuhu..ak pon smpai umah kt kdh bwu bce artikel neyh..kekeke.~mmg best rr TG v!winnkkk~~


result?? alhamdulillah...

salam..
dalam kesibukan & kepenatan ak
menjalankn tugas sbg fasi..
tetiber ak dpt msg dr kwn ku..
berbunyi..

"weyh..reslt dah kua..g check dow!"

haaa???
cuak glez tym tuh!
ape lg..
dr DTC..
ak trus rempit guna moto ke libry fac LAW
smata2 nk tumpang gune intenet jap..

ati mmg berdebar2..
hanya selawat n doa je ak ley ucapkn skrg..
perghh!!

result nya??
alhamdulillah~
ku bersyukur n redha ngn ape ak perolehi ini.
terima kasih diriku,para lecturer2 ku,kwn2 ku,
serta keluarga tesyg!
sbb bg support n tunjuk ajar..
+ iringan doa..
thx so much!

akhir kata..
tiada kalam lagi indah lg manis
utk aku ungkapkn skrg neyh..
selain kalam...

alhamdulillah~~

^_^

-aras 1, library faculty of law-
-12.26pm-

kini bermula..



salam..
ahad 31.5.2009
bermula lah satu program anjuran
Pertubuhan Alumni Kelab-kelab UMNO Luar Negara
iaitu
PROGRAM TITIAN GEMILANG V

sng cter..
kursus neyh kursus motivasi bersepadu
seluruh negara
khas untuk pelajar2 SPM 2009
hampir 2000 bakal join pgrm ni.

so,
ape kene mengena ngn ak??
urm...
ak laa salah seorg FASILITATOR prgrm neyh..
kekekekeke~
ak akan berusaha sepenoh ati n jiwa raga agar
menjadi FASI yg berjaya di kolej ke9 neyh..
coz intake plg ramai di kolej 9th r..
(kt 3rd,4th n 8th xramai sgt)
hampir 850++ stdnt bakal check-in slama 3ari..
bermula 31hb sampai 2hb neyh..
yoshhh!!

^selamat bermotivasi^

pic2 gerak kerja KAMI.para fasilitator di 9th sramai 20 owg je..
(adooiii..agak mamposs rr coz kne handle 850 owg stdnt!! cabarannn beb! kui3~~ )


*meeting gerak kerja*


*kemas2 n arrange dewan*


*kje plg melecehkan..letak cnderamata2 utk peserta dlm beg!*
^abes kije kul 3.00pg 31.5.2009^

1st award!~

AWARD & TAGS

Copy award di bawah untuk diletakkan di blog anda.

Nyatakan 5 fakta menarik tentang si pemberi award ini.

  1. nama penoh nur athirah bt hassin
  2. perempuan/gadis/wanita
  3. lahir pada 24.ogos.1988
  4. pengarah terbaek projek FRENSTER 12 2009
  5. gila2 bahasa+tingkahlaku

Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sndiri sebelum memilih

  1. nama comercial 'erul'...
  2. lahir pada 9.jun.1988...
  3. berketinggian 178cm..
  4. status diragui...
  5. berasal dr muar johor...
  6. menetap n tinggal di sungai petani kedah......
  7. belajar dan melanjutkn pelajaran di kuala lumpur....
  8. kwn2 kata sakit mental..
  9. xsuka pe yg owg tua2 xske gak...kui3~
  10. ske wt bnda yg merapu2 n xpulang modal..~~

Anda perlu memilih 3 penerima award dan describe tentang mereka.

  1. syakila- sangat2 bekerja keras di kolej kesygn..4th college UM!
  2. anis - bakal pendidik nusa bangsa yg lasak & advanturous!
  3. areda - bwu menang 3rd place handball MASUM 2009!
*rase terharu lak dpt award..kui3*

flash-back!

salam..
sehat?
arap2 sehat belaka laa..
tp,ak kurg sehat LOL..
ak kne ulser kt mulut..
adoii~
sakit yg amat!
malaih plak nak boh ubat..pedihh!
kui4~~
so,biaq p bek sndrik jelaa..insyaALLAH! ;)

xda post menarik pon kali neyh..
juz tetiber ter'flashback' cheers
mse kt ASIS dlu..
zaman sek2 dlu..
hauhahaha..
smgt rumah sukan tooi masing2!

so,
ape lagi..
buka youtube..
ngn harapan ader laa dak2 btch ak yg upload cheer2 ktowg..
tp,
malangnya xda lak..
urm,
xpe laa..
yg ak jumpa cheers btch bwu ader la..
dak2 taun 2009/2010..
so,stdent f4 n f5 taun neyh la..
ni video2 cheers diowg..
menarik gak rr..
dh byk improvement!
hahahaha~

jum tgk sme2!
(sowii...curik dr youtube!yuhuhuhu~)

cheers rumah temenggong!




cheers bendahara!



cheers syahbandar!




pst: cheers rumah laksamana xda laa plak vid..so,xley kata pe laaa..huhuhu`~

*way to go*
yoshh!~

entah!


*usya port besh nk lepak..kui3..


*diner kat syed bistro..(perabeh duit ak!)


*masyukk glez pekena slurppeee~!

lokasi:
South City Plaza Sri Kembangan

tarikh:
25.mei.2009.

waktu:
9:00 malam

motif:
kuar diner n lepak2 ngn kwn2 mse sek dlu...
ala2 monthly reunion ktowg r..;)
[ dio.im.brian.peoz ]

*thx guys wlpn msg2 busy*
V-v


jadual ku penuh!!


salam..

lamer gak ak tinggal kn blog neyh..
dlu harapan menggunung nk rajin2 buh entri n update blog..
tp,
2-3minggu neyh..
ak kembali sibukk laa.!
jadual harian ku penuh...
hahaha~
(mengalahkn PM lak)

bkn penuh ngn clas..
coz
ak xamik sem khas taun neyh..
next ya bwu nk amik..
tp,
jadual ku tetap penuh..!
xtau nape..ngeh4~

ni gara2 terlebey aktif join progrm2 r..
bermula 12 sehingga 20 mei lepas...
ak terlibat ngn
KARNIVAL BOLA JARING MASUM 2009
ak BUKAN player..ak juz PEGAWAI TEKNIKAL jer..
sng cter,
ak neyh juz sekretariat karnival je..
tugas ak sng je...
pastikan court ok..n game berjalan lancar..
tuh je..
poket lak masuk rm50 shari..
mmg masyukkk gak r!
hahahaahhaha

thx MASUM n UM yg bek atii amik ak jd skretariat!
huhuhuhu`~
BTW,ak syukur n thxx gk '
coz dpt byk input pasai management n teknikal game netball neyh..
bkn sng nk dpt woo..
almaklumlaahh..
mse tym sek dlu..ak juz didedahkn game basketball je..
netball xda kt sek..
npe?paham2 laa sndrik ye..
hohohoho~

cakap pasai game lak..
mcm bese..
divisyen 1..johan bertahan-UM!
divisyen 2..(bakal nek divisyen 1 next MASUM) -UIA!

tahniahh rr kowg!~

*niyh ader la skit2 pic ak amik tym xda kija...hahaha~


*ini kerja kami!~



*johan divisyen 1 (2taun berturut2)..UM~





*johan divisyen 2 -UIA~

*kami pegawai2 teknikal Karnival Netball MASUM 2oo9

-end-
^-^


testing3~


Majlis Makan Malam Amal
&
Anugerah Cemerlang

2009



kembali!!

sowi sumer~

'coz lamer xupdate blog neyh..

ni sumer gara2 exam freak laa~

mau fokus n stdy hard kunun2 nye..

haha..

tapi,

skarang dah hoorrayyy!

cuti 2bln woo..bergaya abes!~

ley r update slalu blog neyh..(ley percaya x?huhu)

insyaALLAH~~

*btw,thx 1000000x wt sumer viewers blog ak yg xseberapa neyh..insyaALLAH ak kn update n wt sdikit transformasi kt blog ak neyh..gege.*

MAT ohhh MAT - part 1

salam..
ntri kali neyh..
ak juz nk share kn kt sini..
spjg penglibatan ak dlm annual dinner kolej..
xlen xbkn..
MAT

tp,sblum tuu..
meh ak habaq serba skit la info2 pasai MAT.
erm,MAT ni singkatan drpd
MALAM ASPRESIASI TERBILANG.
dinner neyh juz open tuk 3rd n finale year student je..
klo dinner dak2 1st n 2nd year..nama dinner tuh MAG..
MALAM ASPRESIASI GEMILANG.
xjauhh beza pon..
cuma gemilang n terbilang jer memisahkn diner2 neyh..
ha,nama pon TERBILANG kan..
so,mst r diner ni HAVOC kan?
mst r WOW kan?
HAHAHAHHA.
tu laa yg jd atr sebab-penyebab yg wt kan ak join MAT neyh..
gegegegege~
coz' ak neyh agk choosy skit klo nk join ape2 projek.
(commitee MAG xsama owg ngn commitee MAT!)

ok3...
next ak nk gtau pasai lokasi diner neyh..
hurm,sian gk ak tgk BOD diner neyh pk pasai lokasi dlu.
ye laa..sumer aspects nk kne amik kra n menepati kriteria2 keTERBILANGan tuh.
susah beb nk puas kn ati sumer pihak neyh!
tp,aftr perbincngn dmi perbincgn...
diowg decide amik
BERJAYA TIMES SQUARE HOTEL & CONVENTION CENTER
kat jalan imbi..
ala,sng cter hotel sblah mall times square r..
sumer tau n dpt bygkn hotel tu cmne kan?ngeh3~..
erm,nop bad r..
hotel tu pon 6star.makann pon besh3...
(katanyeee laa..coz ak bkn p test makan pon..huuuu~).
lgpon,transportation sng beb!
sblah monorail..n parking lot byk..!
so,student2 xyh risoo laaa bab transportation neyh.

tarikh?
hurmm...
MAT neyh kne wt after diner MAG..
so,klo MAG wt 7hb mac..MAT ni 28mac!
jam 830pm.!
mmg chantek rr~
xda ubah2 dah.muktamad!
gegegegge.
even dunia serba maklum yg 28mac 830pm tuh ader
kempen earth hour,switch off!..
tp,sowi la..ktowg xjoin.
coz hal2 tarikh n time diner neyh dah setel ujung taun lpas ag.


bercakap pasai dresscode dinner neyh..
diowg decide..RETRO!
npe retro?ntah r.ak pon xsure.hohoho.
ak pon xda sebab npe mst pilih retro.
mayb diowg pk sebab retro ni sinonim ngn kisah2 lmer kot..
ye laa...diner neyh juz tuk 3rd n finale year studnt je..
so,dgn ada nyaa retro ney..diowg dpt mengimbau balik..
kisah2 suka duka pahit manis masam kelat n pe2 lg laa
spjg diowg stdy kt UM n KK12.
gegege~
(assumption ak sndrik laa...xtau btoi ke x)

dgn bertema kan
"malam gemerlapan menggamit nostalgia"
cukop ley gambarkan betapa klasiknye n retro nyee diner MAT ney..

so,nak tau dinner ni berjaya ke x?
tunggu next entri ya~..
chill ~~



..logo rasmi MAT..
(npe mesti vespa??lu pk la sndrik! ;P)