Followers

aku di UTUSAN MALAYSIA!

utusan malaysia
3jun2009

Motivasi membentuk peribadi
Oleh Muzdalifah Mustapha dan Saifulizam Mohamadpengarang@utusan.com.my

Muhyiddin Yassin (tengah) dan Noh Omar bersama para peserta Program Motivasi Titian Gemilang selepas merasmikannya di Universiti Malaya, semalam. - Bernama
(dapat carik ak??huhuu..ak in between TPM n datuk Noh Omar..weee~~)

KUALA LUMPUR 2 Jun - Program motivasi diri di kalangan pelajar mampu membentuk sahsiah keperibadian yang baik bagi menjamin kehidupan mereka di dunia.
Pengerusi Pertubuhan Alumni Kelab-kelab UMNO Luar Negara, Datuk Noh Omar berkata, para pelajar seharusnya menyertai lebih banyak program motivasi supaya dapat bersiap sedia melangkah kehidupan selepas alam persekolahan.
"Oleh itu, pihak Alumni bercadang mengadakan program motivasi diri untuk pelajar-pelajar sekolah secara berterusan kerana ia memperlihatkan pencapaian yang positif terutama dari segi ilmu pengetahuan," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis penutup Program Titian Gemilang ke-5 anjuran Pertubuhan Alumni, Kementerian Pelajaran dan Universiti Malaya.
Majlis tersebut disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Turut hadir Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya, Profesor Madya Datuk Dr. Azarae Idris.
Noh yang merupakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, para pelajar juga tidak boleh hanya bergantung kepada pakar motivasi untuk menjadi individu yang berilmu dan berakhlak mulia.
Para pelajar, jelasnya, perlu juga menghayati prinsip Rukun Negara yang sentiasa menegakkan dasar-dasar perlembagaan negara.
"Jika pelajar mematuhi konsep Rukun Negara bermula dari zaman persekolahan, negara akan menjadi aman seperti yang diharapkan oleh para pemimpin dan rakyat," jelas beliau.
Program Titian Gemilang yang diadakan selama tiga hari sejak Ahad lalu juga merupakan program kerjasama dengan Utusan Malaysia.
Sebanyak 1,500 naskhah akhbar Utusan Malaysia diedarkan sebagai bahan pengajaran untuk para peserta dalam salah satu slot khas program itu.
Penolong Pengarang Utusan Online, Lukman Ismail yang mengendalikan slot bersama Utusan Malaysia itu berkata, para peserta diberikan pengetahuan mengenai pentingnya penggunaan akhbar dalam usaha mempertingkatkan kecemerlangan dalam pelajaran.
Katanya, peserta turut diberi penerangan mengenai aspek-aspek di dalam akhbar itu yang boleh membantu para pelajar mencapai keputusan terbaik dalam peperiksaan.
Program motivasi kali kelima itu disertai seramai 1,800 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari seluruh negara.

*salam..ak pon xsangka ley kuar pic neyh kt paper..igt kn kua pic peserta2..tp,kua pic fasi2 plak..alhamdulillah..teselit gak muka ak..tetiber rse glamorr skjap coz ramai kwn2 anta msg gtau yg pic ak der dlm utusn..huhuhu..ak pon smpai umah kt kdh bwu bce artikel neyh..kekeke.~mmg best rr TG v!winnkkk~~


4 comments:

Syahidah Roslam said...

wow,tgh2 menteri tuh.

aYuNi said...

oho~ bangga nye die..dpt terselit gak eh pix die..heheh~ bagus2.. teruskan usaha tuk menampakkan muke kat paper lagi k! HIDUP ERUL! hahaha~

arJuNa jaLaNan said...

syahidah : arghh..sje je nk menyelit tgh3 tuh..ahahha ;P

arJuNa jaLaNan said...

cik ayuni: yeahh..trimas!! idop dirik sndrik!!hahaha ;P