Followers

teselit kat BH gak!!

Pelbagai usaha tingkat pencapaian pelajar desa
Oleh Anwar Hussin dan Sazarina Shahrim


MUHYIDDIN dan Noh (kanan) bersama pelajar menyanyi lagu Titian Muhibah pada perasmian Program Titian Gemilang kelima di Universiti Malaya, semalam.

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengambil pelbagai langkah meningkatkan pencapaian akademik murid di luar bandar terutama subjek bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia termasuk menyediakan guru terbaik untuk berkhidmat di luar bandar di samping mengenal pasti kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. “Selaras hasrat menyediakan pendidikan bermutu kepada semua, kementerian komited memastikan pencapaian akademik murid luar bandar dipertingkatkan.

“Kita sudah mengenal pasti kelemahan ketara murid luar bandar dalam mata pelajaran Inggeris, Matematik dan Sains. Ia tidak boleh dibiarkan kerana akan menyebabkan jurang bertambah lebar,” katanya pada pelancaran Buku Sejarah Perguruan Malaysia, di sini semalam. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata, langkah itu selaras hasrat kerajaan menyediakan pendidikan bermutu kepada semua dan memastikan setiap murid mendapat akses kepada pendidikan bermutu, terutama dalam bidang Matematik dan Sains yang menjadi mata pelajaran teras. Beliau berkata, pengambilan penuntut kursus perguruan peringkat diploma dan ijazah sarjana muda akan ditambah untuk memenuhi keperluan yang semakin mendesak, terutama di luar bandar yang mengalami kadar pertumbuhan penduduk yang pesat.
“Dengan tenaga pengajar berpengalaman serta kemudahan pengajaran dan pembelajaran terkini, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) berupaya menyediakan latihan secukupnya, seterusnya membolehkan mereka memberikan pendidikan bermutu kepada murid,” katanya. Sementara itu, Muhyiddin berkata, Kementerian Pengajian Tinggi akan memberi penjelasan kepada Kabinet hari ini berhubung kesilapan teknikal Universiti Sains Malaysia (USM) menyenaraikan calon yang memohon memasuki universiti itu. “Saya menyerah kepada Kementerian Pengajian Tinggi membincangkan perkara itu dan mencari penyelesaiannya. Kalau kesilapan teknikal, ia perlu diperbetulkan dengan memberi peluang kepada mereka yang layak mendapat tawaran,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Titian Gemilang kelima di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, di sini. Turut hadir, Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Noh Omar. Namun, Muhyiddin berkata kesilapan tidak sepatutnya berlaku kerana ia menjejaskan pelajar.

gumbiraa!!


^_^
pst: dalam THE STAR pon ader gk..tp,malas r nk post ag..check it out k!wahahaha~ =P

2 comments:

Unknown said...

huuhuh....
femes ler tue

erul alambina said...

ala..bese2 je laa..xmcm ko// ;P