Followers

mhs 2010

mhs 2010
mengajar aku erti berkepimpinan
mengajar aku cara berkepimpinan
mengajar aku susahnya berkepimpinan

ya.
bukan mudah untuk memimpin
apatah lagi nak dipimpin
penuh liku ranjau dan cabaran

namun
aku redah
aku teruskan
walau kadangkala aku terasa berat bahu nak memikul
walau kadangkala aku terasa keciwa di hujung hari
walau kadangkala aku terasa airmata murah mengalir

ini semua realiti
bukan fantasi
kerna
aku berjaya
dalami pelbagai ilmu baru
dalami pelbagai kemahiran
selami pelbagai emosi
penuh tawa duka
masam manis kehidupan manusia

37 hari
hari pertama jun
sehingga minggu pertama julai
itulah tempoh masa yang diamanahkan pada ku
untuk buktikan kualiti kepimpinan sebenar

aku
masih baru
masih tatih
masih muda
dalam mengenal selok belok dunia ini
namun
ada juga musuh dalam lipatan
mustahil untuk katakan tidak
tapi inilah realiti sebenar

alhamdulillah
semua sudah berakhir
tirai dilabuhkan dari hari ke hari
mengikut aturan dan perancangan
aku sudah merdeka! merdeka! & merdeka!

terima kasih
abah & mak
famili yang memahami tugas ku

terima kasih
kawan-kawan Sentral Wave
aku bangga dan kagum
anda memang terbaik!

terima kasih
pentadbiran universiti
kerana memberi kepercayaan ini pada ku
mungkin ini peluang pertama dan terakhir bagi ku

maaf
jika aku tak siqoh
sepanjang tempoh kepimpinan
halalkan mana yang terlebih terkurang

sekian


shahairul b sairi
ketua pembantu mahasiswa sentral
minggu haluan siswa (mhs) sesi 2010/2011
universiti malaya




1 comment:

Mohd Hasyim Bin Harun said...

waa.... best lah sajak ni.... hehe
nanti aku nak copy ea...