Followers

zOdiak oo zOdiak...

Gemini Yang Bebas

Ciri Positif:
Orang yang lahir pada tarikh antara 21 Mei hingga 20 Jun dikatakan bernaung di bawah zodiak Gemini, yang berlambang Saudara Kembar. Dengan yang demikian, Gemini mahir berkomunikasi, suka mengembara, serba boleh, bijak, ada kuasa bercakap, berkebolehan menulis, kedekatan pada sanak saudara dan jiran, gemar penghijrahan, dan bersikap terbuka.

Ciri Negatif:
Walau bagaimanapun, ada kalanya anda bersikap hanya suka sekejap sahaja, berperangai keanak–anakan, gugup, talam dua muka, bercakap kosong, tak lengkap dan suka berpura–pura.

Kualiti Astrologi:
Anda termasuk dalam kategori berubah-ubah, iaitu mudah mengalami daya perubahan, daya penyesuaian dan daya keseimbangan. Dengan kategori berubah-ubah ini, anda adalah kreatif walaupun tidak selalu praktikal. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori berubah-ubah selain anda ialah PISCES, VIRGO dan SAGITTARIUS

psst=hahahhaa..lawak jew ak bc artikel zodiac ak niyh..aduih!=P....

No comments: