Followers

eTazkirah: Anda Mahukan Istidraj?

Assalamualaikum!

mood:
gigih belajar

sebelum start study petang tadi,terbaca satu artikel yang di'share'kn di FB. artikel tazkirah berkaitan istidraj. ulasan & penceritaan yang sangat menarik, jelas & mudah difahami..
Semoga ianya menjadi tauladan kita semua.
inshaALLAH.

***************************************************************************

Aku Tak Sembahyang....Tetapi Aku Berjaya... ( Muhasabah )
by Abu Hanifah on Friday, December 3, 2010 at 5:25pm

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?
Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.
Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”
Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.
Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

**************************************************************************

notakaki: speechless! jom muhasabah diri sama-sama........

makan sampai kenyang!


assalamualaikum!


tahap kesihatan:
batuk pagi.sakit tekak.

malam tadi
'boys outing night'
lepak2 makan2 @Williams Kelana Jaya.
FYI, williams ni ala-ala Murni SS2 PJ lah..
xtau nak buat comparison..
'coz ktowg taramm je order & makan ape2!!
(lalalalallaa~)

Makan sampai kenyang!!!
(ngeeeeeeee)


*tip-top fevereyt*
carbonara meatballs (rm20/plate) + straberypisang (rm4-small)




^chicken chop (rm15/plate)^


^straberypisang + strabery yogurt (rm4/each)^


*bolognese meatballs (rm20/plate)

>.<
thanks so much
dio, amzar & azery
>.<

jumpa lagi next month!
inshaALLAH


notakaki: pastikan tangki perut korang betoi2 KOSONG kalo plan nak dinner kat sini. Kalo tak rugi je tak abes makan t.. :D

75% tepat!


assalamualaikum!

lokasi:
library UM
cawangan Fakulti Alambina


semalam,
paper economic selamat digoreng-goreng
dengan penuh semangat jayanya.
pn norhanim lalu je sebelah, aku & dia sama2 berbalas senyuman.
oh...senyum bukan godaan ok!
ini senyuman laen..........
mungkin senyuman beliau ikhlas,
tapi,
tak seikhlas senyuman aku kot. (hehe)
senyuman aku lebey berbaur sinis...
yup!
sinisssssssssssssssss...

sebab
tak percaya
soalan beliau SENANG sekalii..
masa 2jam pon xcukup.
sebab telampau senang.
xda basic economy pon ley jawab
barangkali lah!


apa-apa pun
terima kasih lah kepada beliau
sebab bagi 3 soalan daripada 4chapter yg aku suka&minat
(usha tgk post entry sblum ni)
75% tepat!

(fuyooo...)

tapi
apakah final marks pon 75%?
wallahualam.
usaha dah digemblengkan sepenuhnya.
aku tawakal & berserah

say
bye-bye economic.
harap2 tak berjumpa lagi.
.enough.




hye soul sister glee s2 eps#9.


notakaki: sebelum jawab paper berbentuk essay,& tak nak tangan 'pancit' masa tulis, disarankan buat latih tubi dulu menulis dengan pantas. 2jam utk 4soalan memang tak cukup.siyesly tak cukup!

#3 paper!

assalamualaikum!

keadaan atmosphera :
tak cerah tak mendung


esok.
aku exam lagi.
bukan
professional practice & measurement
sebab tuh dah beres.
now paper
Construction & Building Economic III.
ajaran Pn Norhanim, H.O.D baru dilantik..

terus-terang.
paper ni bukan paper target or pilihan aku.
sebab ada 3-TAK!
tak suka.
tak minat.
tak paham.

satu semester cuba belajar
jadi seorang yg berjiwa
economist!

tapi,
tak menjadi
tak kena ngn jiwa kot..

nak tak nak.
aku tepaksa rela berusaha
belajar balik dari mula.
13chapter kene cover!!
mati kitew dekk.!

tapi
mmg tak lahhh nak cover sumer.
aku tak rajen sangat. >haha<
cara aku senang,
just pick-up chapter2 yang rasa best
& senang nak paham.
& biasa kuar exam
based on pastyear paper.

suka chapter2 macam

demand & supply
conservation work
national housing
labour & capital market

harap esok ada lekat lah soalan2 chapter ni.
coz'
memang ZERO spot question.
apa2 kemungkinan boleh terjadi.

anyway
kawan2 ku
selamat menyelami jiwa economist
esok pagi!

good luck!


notakaki : subjek economic ni serial course.dah amik & lulus bergaya economic I & II..tapi, economic III ni je agak tak pasti bergaya atau tak.sama2 kita tunggu & lihat nnt...adios! ;)

D.is.Ember!

.dinner-30.11.2010 @amcorpmall,PJ.


assalamualaikum!


jam 1.50am.
1disember2010.
ulang tarikh ye.
1disember2010.
penekanan sekali lagi.
1disember2010.

demn!
dah masuk 1disember.
bemakna tinggal 30hari lagi angka 2010 akan betambah 1 menjadi 2011.
pantasnya masa berlalu.........

jammed!
2010 & aku.
ape je?

pikir punya pikir berkali-kali.

nah kau!
dapat tugasan after exam.
tajuk seperti tertera dibawah



SOROTAN2010: From Jan To Dis..

dateline: sebelum 12.00am 1jan2011.




notakaki: hargailah masa yang ada.sesungguhnya masa adalah aset paling berharga yang tiada tolok banding nilainya...Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian......